Saturday, September 8, 2012

Berkongsi Rezeki

Salam,

Pernah x korang dengar atau terbaca tentang rezeki yang tak disangka? Dan yang lebih lagi, rezeki yang x terjangka itu diperolehi selepas kita berkongsi rezeki dengan yg lain?


CR sentiasa percaya setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas kebaikan oleh Allah. Namun janganlah kita terlalu berharap, kerana ia bakal mengurangkan keikhlasan.

Tapi kawan-kawan, andai kita merasakan tiada yg boleh diklasifikasikan dengan rezeki tak terjangka, jangan pula kita membuat kesimpulan Allah tidak mempedulikan kita. Rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk. Mudah menjalankan pekerjaan, beribadah, tenang mental, sihat fizikal, keluarga yg sentiasa support dan banyak lagi. Nikmat iman, nyawa juga adalah rezeki yg x ternilai harganya.

Maka, kita haruslah selalu bersyukur dan sentiasa berazam untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Tahu yang terbaik buat kita

Entry ini sempena kehilangan Diamond (kucing CR). Semoga Diamond berada di tempat yang lebih baik. CR akan sentiasa merindui penyambut CR ketika pulang dr sekolah...

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment